Daisypath Anniversary tickers

Followers

tolong pesan pada nya !





Tolong pesan padanya! Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya! Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya! aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia.! Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia! cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia! hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui dimana si dia.. Moga dia seorang yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa dengan sopan santunnya dan seorang yang boleh membimbing ku kearah keredhaan mu ya allah, Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...