Followers

seksaan tidak mengikut segala perintah ALLAH s.w.t


Andai sahaja manusia tahu betapa seksanya dibakar di dalam api, maka mereka akan cuba menyelamatkan diri dari dibakar.. Lihatlah gambar di atas, hayatilah betapa sakitnya dibakar dengan api.. Ia hanya api dunia yang tidaklah sepanas mana.. Lihatlah ada orang menghulur tangan, mereka cuba bantu kita dari dibakar api, mereka itulah orang yang menasihati ke arah kebaikan.. Mereka bukan cemburu, bukan menyibuk hal orang lain, tapi mereka tak mahu kamu dibakar sebegitu rupa.. Tahu kan api neraka tu 70 kali ganda lebih panas dari api yang terpanas di dunia?

Jadi mengapa kita masih lagi tidak mahu solat? tidak mahu tutup aurat? tidak mahu berbuat baik? tidak mahu mengikuti segala perintah dan meninggalkan larangan Allah? iblis itu dari api kejadiannya, dan ia akan kembali kepada api neraka, tapi dia akan membawa kita semua, umat manusia menemaninya di sana.. apakah kamu semua sanggup menerima pelawaan tidak rasmi dari iblis?

Sedarlah wahai saudara seagamaku.. dibakar dengan api dunia itu sangat sakit, kamu boleh cuba sendiri jika ingin merasainya.. tinggalkanlah segala kejahilan dan kemungkaran yang telah kita lakukan.. berubahlah dan berhijrahlah ke arah yang lebih baik mulai saat ini.. jangan tundakan masa lagi.. maut itu tidak menanti kita langsung, walau sesaat.. jadi takkan kita mahu bertaubat setelah maut menghampiri? fikirlah dengan pandangan yang jauh, bahawa dunia ini sekejap sahaja kita duduki dan rasai nikmat, tapi akhirat itu kekal selamanya..

Wahai saudaraku, ajaklah keluargamu, sahabat2mu, jiran2mu, dan sesiapa sahaja yang seagama dengan kita, ajaklah mereka ke arah kebaikan.. sama2 main peranan untuk menegur dan mengelakkan dosa yang dibuat.. moga dengan usaha kita menegur dan cuba memperbetulkan mereka yg jahil dan lalai itu, Allah bukakan pintu hati mereka untuk berubah.. tegurlah jika mereka tidak menutup aurat, tegurlah jika mereka tak solat, tegurlah jika mereka berdua2an berpegangan bukan mahram, tegurlah jika mereka berbuat jahat dan bermaksiat pada Allah, tegurlah wahai sahabatku..

Janganlah kita mengambil sikap membiarkan saudara2 kita membuat maksiat, janganlah takut untuk menegur mereka, sayangilah mereka kerana Allah, sayangi mereka dengan menegur mereka supaya mereka tidak dibakar.. Cubalah dan mulakan dengan ahli keluarga.. jangan takut pada masyarakat, kita memegang amanah Allah, membawa pesanan Allah untuk mereka, ia satu jihad juga.. tolonglah wahai saudaraku, kita mulakan.. jangan biarkan saudara islam kita dirosakkan sewenang2nya oleh yahudi dan nasrani atau org2 barat..

Kepada pemimpin, hentikanlah membiarkan arak berleluasa, hentikan kezaliman terhadap rakyat, hentikan dan tutuplah pusat hiburan, jalankanlah undang2 islam.. hentikanlah ribda dan rasuah.. nanti kamu akan disoal di hari akhirat di hadapan semua orang, apakah kamu sanggup menanggung dosa sebesar alam ini dari setiap manusia yang menjadi mangsa kerosakan yang telah dilakukan? bangkitlah wahai pejuang2 islam.. bangkitlah wahai tentera islam.. bangkitlah wahai manusia yang mengaku Allah tuhan kamu dan Muhammad rasul kamu.. bangkitlah, Allahuakbar!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...