Daisypath Anniversary tickers

Followers

luahan hati


Awak!

Maafkan saya bila suatu hari nanti awak akan menyedari cerita yang saya tulis ini untuk awak..saya sentiasa berharap suatu hari nanti awak akan mengerti betapa saya amat mencintai awak dan segala yang saya lakukan adalah demi memperjuangkan cinta saya pada awak. Percayalah! Saya benar2 mencintai awak semenjak pertama kali kita bertemu dulu...

Awak!

Yakinilah! Sesungguhnya saya tidak seperti mereka yang hanya ingin mempermainkan hati dan perasaan awak..bagi saya cinta yang lahir dihati saya adalah sebuah cinta yang tulus ikhlas buat awak dan ia tidak pernah terkubur walaupun telah dua tahun lebih..saya percaya setiap kejadian pasti ada hikmahnya Cuma mungkin ketika ini keikhlasan dan kejujuran saya kabur dimata awak...

Awak!

Coretan ini untuk awak,kasih saya untuk awak pernah dipersia tapi saya tetap bawa cinta saya sebagai penawarnya...saya ingin selalu disamping awak , tiap waktu siang dan malam.

awak!

Sejujur-jujurnya maafkan saya bila takdir saya benar2 telah menyusahkan hidup awak..bukan niat saya untuk menganggu ketenangan hidup awak tetapi segalanya telah ditakdirkan saya hanya melakonkan apa saya takdir saya ....maafkan saya awak..

Awak!

izinkanlah saya meluahkan isi hati saya pada awak,saya tahu awak tidak pernah percaya kejujuran dan keikhlasan saya..mungkin awak punya kisah tersendiri dengan orang seperti saya tapi awak demi tuhan saya tidak seperti mereka yang pernah awak kenali dulu,saya benar2 mencintai awak..usahlah awak Tanya kenapa saya benar2 mencintai awak kerana saya sendiri pun tidak tahu kenapa tetapi yang nyatanya saya tidak boleh melupakan awak apatah lagi menggantikan tempat awak dengan insan yang lain.

Awak!

Saya tahu saya tidak standing mereka yang mampu memberikan keindahan dunia pada awak tetapi jika awak tahu keikhlasan cinta saya pasti awak akan sedar betapa berertinya cinta saya pada awak dan tidak akan pernah ada insan lain yang mampu menandingi ketulusan cinta saya pada awak.

Awak!

Saya tidak salahkan awak bila awak beranggapan saya ini mengatal ataupun saya ini hanya sekadar ingin mempermainkan perasaan tetapi awak , saya memohon berilah saya sedikit ruang dihati awak agar dapat saya buktikan betapa utuhnya cinta saya pada awak,

Awak!

Apakah menjadi satu dosa bila saya mencintai awak dengan seikhlas-ikhlasnya ? hukum apakah mengharamkan cinta saya pada awak ? sebenarnya saya tidak pernah mengundang kehadiran cinta itu didalam hidup saya , ia hadir mengikut ketentuan illahi dan saya redha menjadi penagih cinta awak kerana saya tahu itu semua suratan takdir yang telah tersurat didalam hidup saya.

Awak!

Diatas kesedaran itu saya tidak pernah marah mahupun berdendam pada awak , bila awak mengatakan saya ini kemaruk mahukan awak dan saya ini hanya menyusahkan awak... Saya hanyalah melakonkan watak kehidupan saya yang tersurat didalam takdir saya.. maafkanlah saya bila takdir saya betul2 menyusahkan hidup awak.

Awak!

Sekali lagi saya pohon kemaafan dari awak kerana disaat ini tanpa keizinan awak saya masih lagi mengikuti perkembangan hidup awak didalam FB awak,saya tahu saya tidak pernah tahu saya ada didalam fb awak kerana awak telah block saya dalam fb tapi saya selalu meratapi gambar2 awak dan saya selalu mengikuti ulasan awak , terus terang saya katakan saya sedih bila saya mengenangkan kegagalan saya memiliki awak sedangkan mereka yang diberi peluang terus mensia2kan awak kerana mereka hanya mencintai harta awak dan memerlukan awak bila mereka senang.. saya minta maaf, saya tidak dapat kawal perasaan saya hingga saya mengalirkan airmata setiap hari.. tapi apakan daya takdir telah tersurat segala kejadian.. maafkan saya kerana saya sentiase dan selalu merindui awak.. maafkan saya..

Awak!

Bila awak sedar nanti , awak bacalah coretan ini , khas untuk awak dan ingatlah kenangan kita bersama TAPI mungkin satu hari nanti saya tidak dapat kembali pada awak dan menjadi teman hidup awak untuk kali kedua kerana mungkin saya telah menjumpai orang yang benar2 mencintai saya... saya minta maaf... saya sentiasa mendoakan kebahagiaan awak dengan orang yang awak sayang …saya yakin yg awK akan sedar jugak satu hari nanti dan awak menyesal dengan tindakan awak sendiri .. saya minta maaf awak kerana x dapat tolong awak dan berada disisi awak ….tapi saya sentiasa sayangkan awak...


IKHLAS DARI INSAN YANG AWAK BENCI KETIKA DULU YANG MENCINTAI AWAK =(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...