Daisypath Anniversary tickers

Followers

perlu ke status in relationship with di facebook ??




hari nie wawa nk cite skitt tentang status relationship , knape wawa ckp sal nie ?? sbb wawa sndiri pn terasa apa yang dikatakan.. nk tau pe yg wawa cube katakan... jom baca artikel dibawah :)




seorang wanita yg berani meletakkan in a relationship dengan kekasih bukan mahramnya itu sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya.seperti istiharkan kemaksiatan . tahukah anda bahawa meletakkan in a relationship with kekasih bkn mahram boleh menimbulkan fitnah dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa??? akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri . . .

Tahukah anda bahawa sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan , inikan pula perhubungan couple yang jelas haram tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple ! kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

oleh itu janganlah berbangga dgn status in a relationship with kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia , nak selamat elak diri difitnah , halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah , dosa dan maksiat .


RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL ! :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...